In 2016

Apa yang berlaku sepanjang 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama sangat dah aku tak update blog. Semuanya sebab aku terlalu sibuk dengan macam-macam hal sampai aku tak sempat nak buka blog, blogwalking, yada-yada. Dah masuk final sem ni bukan lah bermasud aku dah free and available, makin sibuk adalah. Final Year Project (FYP), lab, cari construction site, lawatan kelas ke construction site, assignments, projects, riadah....... Nak dijadikan cerita, masuk je awal 2016 aku dah berada di semester 4. 

1. Daftar dan ambil MUET. Aku ambil MUET pada awal bulan 2. Masa exam pun tak prepare apa sangat, dan padan muka aku. Haha! Nervous kemain!

2. Dalam bulan 2, aku join satu program U, Costume Havoc Run. Hadiah pertama dapat emas, tapi sayangnya aku tak sehebat itu untuk menang. Seronok, siap ada zombie kejar, ada 3 halangan termasuk spartan section, and Colour Run. Balik rumah memang warna warni lah head to toe.

My squad for Costume Havoc Run

3. Dapat projek kena buat lawatan tapak untuk kos Kejuruteraan Geoteknik. This was the hardest part. Nak kena call macam-macam syarikat pembinaan, dan semestinya banyak yang tak dilayan dan lebih teruk, aku dilayan dengan teruk. I don't know where all the Malaysian's manner went. Tapi akhirnya dapat juga. Alhamdulillah.

4. Untuk kos Kejuruteraan Alam Sekitar, kami kena pergi lawatan ke Tempat Pembuangan Sampah di Jeram, Selangor. Bau tempat tu memang 'wangi'.

5. Projek bina jambatan untuk kos Analisis Struktur. Untuk yang ini juga aku selalu balik lambat (12 am-1 am) sorang-sorang drive malam-malam. Tak buat last minute tapi dia kena dibuat dengan tekun gitu. hahaha! 

6. Aku kena praktikal diantara semester 4 dan 5 selama 2 bulan lebih je memandangkan aku praktikal waktu cuti semester. Huhuhu! Jadi aku pun sibuk lah call syarikat pembinaan dan mana-mana syarikat yang ada kena mengena dengan program aku. Akhirnya, aku dapat di Majlis Perbandaran Batu Pahat dan setelah 80% berputus asa menunggu jawapan dari Sime Darby Property Development, Pagoh, aku ditawarkan untuk intern disitu memandangkan lagi dekat di rumah aku. Alhamdulillah!

Me at BUP's Sales Gallery (Bandar Universiti Pagoh)

7. Di samping itu, aku cari kumpulan untuk aku punya FYP.

8. Sepanjang intern, untuk mengelakkan daripada aku habiskan masa hujung minggu aku dengan tidur, macam-macam tempat aku pergi. Melaka je dah 4 kali. Belum lagi Johor Bharu, Segamat, etc. Kerja memang 180' lain sangat dengan belajar. Belajar kat U ni banyak masa break, waktu rehat boleh tidur kejap, berehat. Kalau kerja, dari pagi sampai petang kerja. Ada waktu yang aku duduk je dalam office, tak pergi site. Tepu habis! Aku tak tahu lah macam mana orang lain boleh dari pagi sampai petang tengok laptop je. Bangun pergi toilet ke, pergi minum air ke, pergi renggangkan badan pun jarang.

9. Bila habis intern, maka bermula lah semester 5 yang bermula pada bulan 4 September 2016. FYI, aku habis intern 2 September 2016. Hambar kan? Habis je kerja pukul 5.30 pm tu terus balik bp. Hambar gila. T^T

10. Rutin harian telah kembali seperti sediakala sebagai seorang pelajar UTHM.

11. Aku jumpa ramai orang baru dan bermacam ragam orang. Pening! Pening!

12. Aku belajar macamana nak jadi seseorang yang optimistik dan belajar menerima rakan-rakan dengan seadanya.

13. Aku belajar untuk tak pedulikan orang sangat. Aku dah banyak sangat rasa sakit disebabkan orang. Aku patutnya penting kan diri sendiri je, jangan fikirkan pasal orang yang tak pedulikan aku. Jangan aku je yang sayangkan kawan aku tu, tapi dia tak sayangkan aku pun sebagai kawan. Dia anggap aku sebagai orang yang membebankan. Senang cerita, aku amalkan konsep 'pergi mampus'. Macam kurang ajar, tapi hakikatnya betul.

14. Aku pergi Food Trip dengan kawan-kawan ke Johor Bharu selama 2 hari 1 malam. Food Trip tu termasuklah makanan di cafe UTM Skudai tau!

JB's City Square 

Chicken Chop at Kilang Battery. Super cheap and delicious! only RM 5 with a lot of chicken's meat! We also ate Korean dumplings (good looking worker, haha!), Cempedak Goreng, and also fruit drinks (my drink was sooo sour and I can't drink it)!

Sangkaya Jalan Dhobi, JB

15. First time main bowling. Hahaha!

16. Kereta kawan kena saman sebab park dalam U kat kawasan parking staff. ceh!

17. Shaharul Ridzwan dah berkahwin. Haha! Omgosh nana! Ini pun termasuk juga ke?

18. Menunggu masa yang sesuai bilaaa la aku nak beli buku Harry Potter and The Cursed Child. FYI aku ada koleksi HP (Big fan of Hawwwyyy Powtah!)

Nanti aku hupdateeee lagi ye kalau berkesempatan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

Followers