follow
fanposter
Jellove

entry About Affies Share
Kingdom


ANIMATION GIF x TUTORIAL x DOODLE

cr:

Fairytale





Hogwarts



Tips Untuk Menjadi Pelajar Kejuruteraan Awam
10 Oktober 2015 | 30 love notes

Assalamualaikum and Hello readers!

Malam ni aku ada idea pulak nak post apa kan. Untuk pelajar baru yang berjaya masuk IPT tu tahniah la ya, lagi-lagi kalau dapat Kejuruteraan Awam aka Civil Engineering. Kalau kat UTHM, ada 2 jenis Civil ni. Satu pure Civil Engineering, dan satu lagi Technology In Civil Engineering. Bezanya tak banyak pun. Pure banyak teori manakala techno pula banyak praktikal dan jugak lebih kepada alatan. So, basically belajar benda yang sama je. Cuma tambah tolak sikit je. Some people said that Civil Engineering is the most easiest engineering. Sebab aku tak pernah pun study bidang engineering lain. 

Iya lah tu kot. Kalau mechanical and electrical tu korang belajar benda yang tak nampak. Kena bayangkan benda tu. Civil belajar pasal pembinaan, air and environment. Aku pun belum habis belajar lagi. Civil Engineering ni luas bidangnya. 

1. Bukan macam Drama.

Kalau korang amik sebab nampak cool macam drama tu, lupakan lah. Lagi-lagi kalau tengok cerita sembilu dulu. Yang engineer bawak scroll banyak-banyak tu. Itu semua tipu. Yang bawak gulung-gulung tu semua arkitek. Civil engineer semua bawak dah lipat dah. Tak pun bawak blueprint je (kata lec aku lah). Kang terbang kat site nanti dah terkejar-kejar nak amik balik tu. Tak rasa macam kelakar ke? Dulu aku memang rasa engineer bawak tu aku rasa memang tu lah yang dia bawak. Tapi sejak lecturer cerita rasa benda tu jadi lawak sangat. Tak ada nya kau pergi kelas pakai baju smart bagai. Kalau classmate aku tu kadang-kadang aku perasan dekat seminggu pakai seluar yang sama. Takde nya pergi kelas rajin nye pakai kemeja lengan panjang siap ber-tie bagai melainkan kalau ada presentation je. Barulah semuanya nampak wow!

2. Tahan Panas.

Kalau mechanical dan electrical banyak kerja kat dalam. Sem ni aku ada amali luar. First amali kat luar dalam jerebu. Sepanjang hari aku asyik bersin je, sudahlah baju bengkel tu tebal. Sabar je lah. Lepas tu aku bawak lah kipas tangan. Bukannya guna pun. Tak sempat pun sebab sibuk kehulu kehilir pegang alat nak mengukur. Boleh pulak lecturer amik kipas aku tu dia guna. siap cakap, "Ni apa engineer pakai kipas". Lepas tu dah semua kawan aku tanya "Nana, tu bukan kipas kau ke?". Hahaha, layan kan je lah lecturer aku ni. Tapi aku suka buat amali kat luar ni walaupun panas. Walupun nampak macam aku ni tak tahan panas tapi aku suka belajar nak gunakan alat macam total station, staff, prism and else.

3. Fizik, Fizik dan Fizik.

Kalau dah namanya engineering ni memang tak dapat lari lah dari Fizik. Aku sem 1 dan 2 ada Fizik. Lepas tu punya lah gembira sem 3 takde fizik sekali hancur punah musnah segala harapan aku sebab setiap subjek ada terselit fizik. Rasa hampa je. Tapi kejap je lah, lepas tu kena move on kang hancur punah musnah pulak nanti pointer sem ni. Huhuhu, jangan jangan jangan.

4. Matematik Tambahan.

Sebenarnya, matematik tambahan tua da kat algebra dan matematik engineering 1 je. Setelah tu takde kene mengena dah. Add math ni basic je. Bayangkan lah matematik engineering untuk degree ada sampai 4 kalau tak silap aku. Hahahha, hadap la ye nana oiii. Sem ni punya math eng 2 ada 2-3 mukasurat untuk jawapan je. Tapi syok kira-kira kalau dapat jawapan. Kalau tak dapat jawap tu aku frust menongeng. Kadang-kadang terus give up. Simpan buku terus tidur. Huhuhu T.T

5. AUTOCAD

Yang gembiranya, civil engineering takyah hadap autocad ni banyak-banyak kali macam architecture. Civil tak guna banyak pun. Sem lepas aku sampai tak tidur malam hanya sebab nak siapkan drawing autocad ni. Tapi pada aku, drawing guna autocad lagi senang dari draw manually guna tangan. Tu lagi lah boleh membuatkan hilang sabar. Salah sikit je kena buat semuanya semula. Aku kan reti guna photoshop so, aku takde masalah untuk draw line dan tools kat autocad tu sebab dah biasa tengok. Cuma autocad ni lebih detail kat skala. Kalau photoshop takda set panjang nak berapa meter ke apa. Pada aku lebih kurang sama je autocad dengan photoshop ni. Cuma photoshop ni untuk arts.

Kalau tak minat, boleh cuba minat. Mesti ada benda yang boleh menarik minat korang. Aku pun sedang mencuba. Perjalanan hidup aku sebagai pelajar Civil engineering pun masih jauh lagi. Doakan aku supaya berjaya dalam bidang yang parents aku pilih untuk aku. (mama cakap aku ganas so sesuailah amik ni). huhuhuhu, insyaAllah. Amin.... Lain hari aku share topik yang sama tapi benda lain pulak ye.

My friends and I with the Staff and Bubble Staff.

Wasalam.




Past / future