follow
fanposter
Jellove

entry About Affies Share
Kingdom


ANIMATION GIF x TUTORIAL x DOODLE

cr:

Fairytale





Hogwarts



Ngeri
10 Julai 2015 | 40 love notes

Assalamulaikum dan hai semua!

Masa untuk review buku sekali lagi! Hehehe, FYI, untuk buku buku BM, sekarang aku lagi berminat dengan buku-buku fixi. Setiap buku itu lain jalan cerita nya dan tajuk-tajuk buku nya pula hanya menggunakan satu perkataan je. Apa yang menarik minat aku untuk beli buku fixi ni sebab aku sukaaaaaaaaa sangat tengok drama/movie yang thriller/horror ni. sangat addicting. Oleh sebab tu bila aku tahu ada buku macam ni, aku beli lah tanpa fikir panjang. Bila baca balik romance novel punya kan, rasa macam urgh! Kenapa lah aku boleh terfikir nak baca ni. Hahahaha Semua jalan cerita almost the same. Boleh predict the ending.

Jadi, buku yang aku nak review harini bertajuk Ngeri hasil karya Gina Yap Lai Yoong. Buku ni berkisahkan 3 sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Tapi, mereka sering mengahasilkan skrip-skrip cerita mengenai pembunuhan yang sadis, kejam dan tragis.


Akan tetapi, skirp-skrip yang mereka buat tak pernah diterima oleh pensyarah mereka. Pensyarah mereka cakap yang jalan cerita dan pembunuhan itu tak logik langsung. Nak dijadikan cerita, setiap cerita pembunuhan tragis yang mereka buat tu menjadi kenyataan dan menjadi kes pembunuhan bersiri di dalam negara.

Mereka bertiga tak tahu siapakah pembunuhnya. Adakah diantara mereka atau sesiapa saja yang tahu mengenai skrip mereka itu. Mereka hidup dalam ketakutan sebab satu demi satu orang yang mereka kenal mati secara tragis. mereka susah nak percaya kepada sesiapa. Even kepada sesama sendiri. 

Apa ending nya? heh heh, kalau nak tau baca lah, tak best lah kalau aku cerita sampai habis kat sini. oh ya! buku ni ada sambungannya, tajuknya Mangsa. Ok, nak beli sangat tapi takda masa nak ke tempat lain, Kat Batu Pahat tak ada MPH Bookstore. Ada POPULAR je. Biasanya kat POPULAR tak ada buku fixi. Tu yang sadis semacam. Huhuhu

Kalau korang berminat, korang baca lah novel ni. Best sangat. Lepas baca tu rasa dapat idea pulak nak tulis cerita thriller. Aku pun teringin nak tulis cerita ber genre thriller. Later in the future, okay? Mana tau kala dah siap boleh publish kat fixi. Wahhhhh! Berangan habis. nama pena letak acenana. cewah, tolong lempang diri sendiri.
p/s Tahun ni tolong mama buat 8 jenis biskut raya. Wow! Habis ke nanti? Tak risau pun sebab selalu memang ramai tetamu. Kalau tak habis perut aku sedia ada nak habiskan.. hehe
Wasalam

Label: ,





Past / future