Assalamualaikum,
Heeeeee~ dah lama sangat2 tak update blog. Hehe, So, kali ni ada lah juga topik nak cerita pasal apa kan? hehehe~ Last two weeks was mid semester holiday. Tapi aku duduk kat rumah 4 hari je, lepas tu balik u awal sebab aku join program. Program Jelajah Pantai Timur Bersama MPP UTHM.
Perjalanan nak ke Terengganu naik bas, gerak 9 malam dari UTHM. Sampai Terengganu tu dalam pukul 5 pagi. Memang la sengal segala urat-urat sebab duduk dalam bas lama2. Lepas tu aku kan tak biasa naik bas, so memang mula2 pening lalat je dalam bas. Orang tanya soalan pun macam ye tak ye je jawab. hehe, sorry ye. Pakcik bas tu pulak bawak bas macam nak racing, makin pening lah kepala aku. Tak tidur sangat pun. Tu yang pagi tu asyik kene tegur kenapa mata sembab la, muka penat la, yang paling sadis 'mata awak lebam, macam kena tumbuk'. tsk! tsk!
Program ni untuk apa? We're just visiting other Universities at Terengganu, UMT and UNISZA. Selebihnya lebih kepada jalan2 je. Sebenarnya nak pergi UMK sekali tapi disebabkan kejar masa, so tak jadi pergi. Actually, this was the first programme that I joined since I am a university student.
Our first day was at UMT. Mula2 datang, jumpa MPP UMT, then ice breaking with them, lepas tu jalan2 keliling UMT, tengok library and so on. Of course lah amik gambar. Kalau boleh setiap penjuru kat UMT tu diorang nak bergambar, sampai aku rasa penat nak amik gambar. Lagi2 diorang asal nak amik gambar suka pilih tempat2 yang panas. Hmmm, memanglah rasa macam terbakarnya. Dengan head to toe pakai warna hitam.
The first meeting between UTHM's student and UMT's MPP. Ni dalam bilik mesyuarat, biasalah, aku dengan kawan2 kan diploma first year, semua macam jakun je first time masuk bilik mesyuarat. Hahaha
Masa ni kitaorang jalan2 kat dalam library UMT. Hehe, ada jumpa ikan. Masa ni dah start rapat dengan kak Nad. Kak Nad peramah sangat, hehe tu yang boleh rapat. Macam2 bercerita pengalaman dia ke, tips2 etc etc.
Diploma students. Ada 10 orang semuanya yang pergi. 2 lelaki dan 8 orang perempuan. Hehehe
Second day, we went to UNISZA which is located near at UMT. We sleep at UMT. UNISZA kan, macam sekolah. hehe, bangunan semuanya macam sekolah. Banyak pokok2, kalau nak pergi kelas boleh jalan kaki je, bas tak ada sebab dekat je.
Aku teringin sangat nak masuk library UNISZA ni. Nampak dari jauh awesome lah. Kiri kanan ada kolam. Hehe, tapi ada yang ada air, ada yang kering. Library tutup sebab weekend. Huhu, so dapat tengok dari luar je, dapatlah bergambar depan library je lah. Huhuhu~ Kawan aku cakap, kat library ni, kalau mengantuk je, boleh campakkan diri kat kolam tu, biar segar balik. hahahaha~
Okay, ni memasing muka dah exhausted dan haus ditambah lagi dengan lapar. hehe...
Resting at UNISZA's cafe.
With Kak Nad
Lepas dah melawat UMT, kitaorang pun jalan2 keliling terengganu. Kak Nad jadi guide kitaorang. Hehehe, memang dia jaga habis kitaorang, budak2 dip first year ni. Haha, Aku jalan2 dan makan je. Tak shopping pun. Penat jalan, makan, lepas makan jalan, pastu makan balik. Duit banyak habis kat makanan je.
Already miss Kak Nad. huhu~
Ni last day, beli keropok lekor, went to Terengganu's museum, then went back to UTHM. Really tiring journey, but it was fun. Really fun. Sampai UTHM malam, pastu esok petangnya ada kelas. Nasib baik petang, tapi masing2 mata macam panda. Hehe, penat tak hilang lagi.
Bila cuti tu, memang cuti habis, baru rasa kelam-kabut balik bila dah start ada assignment bagai.
Hahaha, masuk paper. Tak sangka pun ada. Tak buat apa sangat pun, tapi dapat great experience lah.. hehe
Lepas tu, last week aku join program Science Is Fun at SMK Datin Onn Jaafar at Batu Pahat with special education students. Program ni pulak kira macam kitaorang buat experiment kat special education students ni. Semuanya ada dalam 61 orang then dibahagikan beberapa groups. Every group ada 2 orang leader yang akan guide. So, me was a group leader. Hahaha~ Ada dalam 20 orang yang jadi jawatankuasa untuk program ni. Hehe, Group aku just sorang je senior, yang lain semua sebaya. So, senang lah sikit nak communicate.
Every group akan buat 2 experiment. Group aku dengan aisar buat experiment Tornado in bottles and experiment Flying Ping Pong balls.
So, both of them were the special education students that we took care. Sorang lagi hyper sangat walaupun dia sebenarnya sebaya je dengan kitaorang. Dia tak ada dalam ni, she was at somewhere else. Memang mencabar la nak ajak dia tengok experiments lain2.
Wefie from group 8.
So, dari kedua2 program aku dapat macam2 benda. Pengalaman mengajar kita. Ceh, hahaha,
wasalam,
0 comments:
Post a Comment