In

Sekolah Memandu.



Assalamualaikum,

I've changed my blog's song from Over The Rainbow's instrument jazz version to Trouble Maker-Now piano version. How is it? Awesome right? Yeah I know...

Untuk menggunakan masa semasa aku menganggur ni dengan baik, ayah suruh ambil lesen. Aku ambil lesen kereta je. Tak ambil lesen motor sekali. Sebenarnya ayah suruh ambil lesen motor dan kereta. Huhuhu~ Aku ambil lesen dengan kawan aku, Farah. masa pergi tu, kitaorang tak expect dapat jumpa ex-classmate, Asyraf. Nampak dia je terus gelak-gelak. Bila dah sampai pula, baru aku tahu yang sebenarnya kena pakai kasut. Masa tu aku speechless dan rasa macam 'asal tak cakap?'. Siap ada sediakan kasut untuk budak2 yang tak pakai kasut. Nasib baik aku dengan Farah tak kena pakai kasut tu.Kasut tu dah lah.... errr asdfghjkl~ So, sepanjang hari, bila dalam ceramah 5 jam tu, masa orang tu check, kitaorang cover lah kaki.. hahaha


Masa nak register kena beratur, dah lah panjang, tapi buka 2 counter. Lepas tu, yang akak kat tempat register tu memang sangat menyakitkan hati. Dah lah terjerit2 dah macam apa, tahu lah yang kitaorang ni budak2 je kan... Yang membuatkan aku geram je dengan akak ni, dia tanya siapa nama cikgu memandu kitaorang, lepas tu kawan aku tercakap nama orang lain, then kawan aku tukar, cakap nama betul dia. Lepas tu akak tu marah2. Dia cakap nama cikgu memandu sendiri pun tak tahu. whathe... Kitaorang cuma panggil cikgu memandu tu 'Pak Abu'. So, what do you expect huh? PMS maybe.



Masalah nya aku pun jadi mangsa kena marah tu. Haish! Sabar je lah. Padahal dalam hati dah berapi je. tengok akak tu besar kecik, besar kecik je. Lepas tu, minggu akan datangnya ada computer test pula. Alhamdulillah aku lulus. Katanya kalau lulus 50/50 dapat duit, ye ke? Bestnya, sayangnya aku cuma dapat 45/50. Hahaha, asalkan past sudah la... Lepas ni belajar teori dan amali pula. Cikgu memandu kitaorang siap ugut kitaorang kalau fail, kitaorang kena balik naik bas masa sebelum exam.. Hahahaha, nervous gila masa nak test tu.

Wasalam

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Followers