Assalamualaikum and Hello readers!
Dah lama tak update blog. Nak kat busy sangat tak, cuma malas. Malas ni macam penyakit yang susah nak hilang sepenuhnya kalau kita ni tak ada keinginan nak hilangkan penyakit ni. Kadang-kadang dah macam penyakit berjangkit. Bila kawan malas aku pun jadi malas. Kadang-kadang pula dah macam parasit tak pun kutu. Huuuuu~ Sekali dah lekat malas tu kat badan punya lah susah nak tinggalkan. Paling dasyat malas tu berlanjutan sampai berhari-hari, berminggu-minggu pun boleh.
Kalau tengok tajuk mesti nampak macam aku nak buat luahan perasaan pasal orang yang pentingkan diri sendiri, atau lebih senang selfish. Ya, kebanyakan orang yang pentingkan diri sendiri ni sangat menyusahkan orang lain sekelilingnya. Mereka yang macam ni lebih suka buat sesuatu tanpa memikirkan kesusahan yang akan dialami orang lain. Contoh yang paling senang ialah orang yang suka buang sampah yang bersepah. Bila mereka buang sampah, bukannya diorang fikir pun dengan kesannya dan dia mesti fikir akan ada orang yang kutip sampah diorang tu. Sebab tu diorang tak kisah je kalau nak buat sampah. Nak buat apa jadi orang yang bertanggungjawab ni kan, menyusahkan diri sendiri je. Asal lepas diri aku je dah lah. Yang kutip sampah, sapu jalan, mop lantai, bersihkan bilik air tu semua dah memang kerja dia. Dia dapat gaji dengan apa yang dia buat.
Bukannya diorang pernah fikir pun negara boleh jadi kotor sebab buang sampah bersepah-sepah tu. Boleh ada binatang-binatang kotor yang suka benda-benda macam tu contohnya lipas, biawak dan tikus. Yang cleaner tu bersungguh bersihkan tandas awam supaya kita boleh guna dengan selesa. Tapi sesetengah orang buang tisu dalam mangkuk tandas, lepas guna tak flush. Bagi aku mereka ni bukan setakat selfish, tapi pengotor.

Kalau aku, kadang-kadang aku teringin juga nak jadi selfish untuk kebaikan diri sendiri. Tapi aku tak boleh sebab aku asyik fikirkan perasaan orang lain tapi bukan diri aku sendiri. Mungkin aku dah terbiasa mengalah memandangkan aku ni anak sulung. Ye lah, aku yang akak. Kalau aku yang tak mengalah siapa lagi kan. Tapi bila aku dah mengalah tu, aku akan menyesal nanti. Rasa macam kenapa lah aku ni soft-heart sangat walaupun aku selalu cakap lepas je.
Kadang-kadang tak salah kita nak jadi selfish kalau benda tu untuk diri kita sendiri, untuk kebaikan diri kita. Tapi kalau dah melampau tu memang tak patut lah kan?
Wasalam,
Kadang-kadang tak salah kita nak jadi selfish kalau benda tu untuk diri kita sendiri, untuk kebaikan diri kita. Tapi kalau dah melampau tu memang tak patut lah kan?
p/s Sometimes it is good to be selfish for your own good, but don't be a selfishpig.
Wasalam,