follow
fanposter
Jellove

entry About Affies Share
Kingdom


ANIMATION GIF x TUTORIAL x DOODLE

cr:

Fairytale





Hogwarts



Masalah Susah Tidur: Insomnia
11 November 2016 | 00 love notes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Aku perasan lah kan kadang-kadang aku susah nak tidur pada waktu malam. Biasanya orang panggil Insomnia. Kalau aku dapat tidur pun, aku akan dapat tidur setelah 2-3 jam tutup mata tanpa buat apa-apa. Disebabkan aku susah nak tidur, aku jadi sensitif waktu sebelum aku tidur. Aku boleh hilang sabar kalau lampu dah tutup tapi bila masuk bilik dia buka lampu. Hahaha~ Aku punya sensitif dengan tempat tidur ni boleh dikira sama aras dengan cerewet aku dengan makanan. Senang cerita aku ni cerewet. Bantal tak boleh keras dan tak boleh lembut sangat, dan macam-macam lagi lah. Itu semua aku buat untuk dapatkan tidur yang lena. Hehe.. Bila dah susah tidur, susah pula nak bangun, dan esok mula lah mengantuk ditambah lagi dengan eyebags + dark circles.



Untuk hilangkan masalah aku yang susah nak tidur ni, aku akan cuba tidur awal, iaitu diantara jam 11 pm-12 am. Tapi biasanya tak dapat dibuat sebab banyak kerja yang perlu disiapkan. Lab report, assginments, projects, dan sekarang aku tengah sibuk dengan Final Year Project (FYP). Yup! Projek untuk diploma. Bagi pelajar universiti inilah perkara yang membuatkan emosi kita turun naik bagaikan roller coaster. Gembira, sedih, marah, dan lebih teruk tak ada emosi. Haha! Korang aku menghadap FYP ni hampir setiap hari sampai jemu. Dah jemu tu bukannya boleh berhenti pun. Tapi, cuba lah ikhlas kan hati supaya apa yang kita buat tu rasa seronok. Baru lah tak rasa jemu.

Selain itu, aku cuba juga untuk exercise walaupun aku punya exercise ni boleh dikira dalam masa setahun. Exercise tu boleh juga termasuk dengan banyakkan berjalan. Aku akan jaga makan, aku cuba makan banyak sayur-sayuran, kurangkan minum air yang manis, dan jaga waktu makan. Sejak akhir-akhir ni aku ambil berat dengan kesihatan diri aku. Kalau rasa lemah semacam je, aku minum atau makan sesuatu yang sihat. Contohnya, air Teh Hijau, dan aku kurangkan minum air yang mengandungi kafein. Kafein tak bagus, tapi aku selalu minum untuk tahan mengantuk. Ayoooo nana!

Aku baca, antara penyebab insomnia ni adalah terlalu banyak berfikir, rasa tertekan, tak senang hati, risau, kitaran tidur yang bertukar-tukar, cara kehidupan seharian, pangambilan makanan yang tak sihat, sakit, dan sebagainya. Pada zaman sekarang, ramai yang kena insomnia sebab banyak tengok telefon bimbit sebelum tidur. Telefon bimbit adalah penyebab yang ketara dan perlu dielakkan. Tapi, aku sendiri mengaku dah memang jadi tabiat aku selalu tengok telefon sebelum tidur.

Lukisan dilukis oleh aku sendiri :)

Aku bukan lah selalu kena insomnia, ada masa-masa yang tertentu bila benda yang aku buat tu akan menyebabkan insomnia. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari insomnia. Ayah selalu cakap kalau tak dapat tidur, jangan fikir benda lain dan berzikir lah. Alhamdulillah setakat ni menjadi. Selamat malam semua!

Wasalam





Past / future