follow
fanposter
Jellove

entry About Affies Share
Kingdom


ANIMATION GIF x TUTORIAL x DOODLE

cr:

Fairytale





Hogwarts



Fidenaz's Members & Kelas Bestari form 1-5
14 April 2014 | 70 love notes

Assalamualaikum,
FIDENAZ's members. Sekumpulan geng yang gila-gila yang terwujudnya group ni secara tak sengaja. Memang wujud secara spontan. Ceritanya macam ni, masa aku form 2 pada tahun 2010, kelas aku kira macam kelas yang top lah dekat sekolah, kelas Bestari. Disamping tu pula batch aku pula dikira batch yang selalu pecah rekod samada baik ataupun buruk. Kira masa form 1 kitaorang baik lagi, ialah, baru naik form 1 tak berani buat jahat lagi. Tulah nak dijadikan cerita bila dah naik form 2 masing-masing dah naik minyak.

Masa aku kat dalam kelas 2 Bestari masa tahun 2010, kelas aku ni dikira banyak betul puak, puak yang tak kisah apa yang berlaku, senang cerita tak berpihak kepada siapa-siapa pihak, macam 'lantak kau lah!', Fidenaz dan Amyto. Sebenarnya kitaorang ni biasa2 je, cuma tiba2 ada berlaku satu pergaduhan kecil antara 2 orang kawan aku, lepas tu ada lah yang berpihak kepada A, dan ada yang berpihak kepada B.

Sejak daripada tu terwujudlah geng Amyto dan Fidenaz. Sangat-sangat childish kan? Yeah I know, well, what do you expect kitaorang masih lagi budak-budak yang baru kenal dunia. Pergaduhan yang kecil sebesar zarah menjadi semakin besar yang menyebabkan Amyto dengan Fidenaz jadi famous kat sekolah. hahahaha. Tapi disamping tu kesian juga dengan guru kelas kitaorang masa tu, Teacher Revathy yang terpaksa melayan karenah kitaorang. We were sorry Teacher.

Disebabkan pergaduhan tu, terwujudlah sebuah buku yang kitaorang namakan sebagai Buku Fidenaz. Buku tu sebenarnya buku nota aku untuk aku tulis homework atau reminder tetapi ditukar buku untuk secret conversation of Fidenaz's members yang memang macam-macam sungguh yang kitaorang tulis. Mengutuk Amyto lagi. Buku tu memang tak ada siapa pun yang boleh baca selain Fidenaz's members sendiri dan buku itu kekal sampai sekarang dan dah habis diguna setiap mukasurat sampai kitaorang SPM. Buku tu hanya kekal sebagai pahit dan manis mengenai Fidenaz dan bukan untuk mengutuk Amyto dan sesetengah budak-budak yang menyakitkan hati kitaorang. Buku tu memang dikira top secret lah, kalau orang lain baca memang lah. hihihi, lagi-lagi cikgu, memang masak kitaorang, untuk masa tu lah.

Fidenaz dan Amyto siap ada fanpage lagi tau kat facebook! Hahaha, bila fikir lagi betapa childish nya kitaorang.


Tapi bila dah hujung tahun, masing-masing dah sedar buat apa nak gaduh lama-lama, lagipun bergaduh sesama saudara islam kan tak digalakkan dalam Islam. Terima kasih kepada guru kelas kitaorang pada masa tu yang bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kitaorang yang bermacam ragam ni tanpa melibatkan pihak atasan walaupun ramai cikgu lain suruh bagitau je pada hem. Secara perlahan-lahan kitaorang mula lah berbaik-baik dan pada hujung tahu kitaorang dah jadi rapat semula macam tak ada apa-apa yang berlaku. Siap amik gambar sama-sama lagi pada hujung tahun.

Sejak daripada tu Amyto terbubar secara tak langsungnya tetapi Fidenaz kekal sebab kitaorang memang rapat, susah senang semua bersama dan bukan ditubuhkan disebabkan pergaduhan yang berpanjangan tu.Kitaorang Belajar bersama dan memang kitaorang rapat sejak form 1 lagi. Idea nak bagi nama geng kitaorang aku ingat lagi idea ni wujud masa kitaorang berbincang di library sekolah. Macam-macam cadangan nama dicadangkan dan akhirnya Fidenaz dipilih yang bermaksud setiap hurufnya ialah nama kitaorang.


   F-Farah
             I-Iena (Puteri)
D-Dut
 E-Ema
           N-Nana (me)
                 A-Ain (Farahain)
             Z-Zaza (Syaza)

Itulah maksudnya disebalik Fidenaz tu. Bila dah masuk form 3, tahun 2011 masing-masing dah rapat gila-gila. Kadang-kadang tu siap buat jahat sama-sama lagi. hahaha~ Lepas tu masing-masing fokus untuk PMR pula. Tapi, aku bukannya sekadar rapat dengan sesetengah geng Amyto dan Fidenaz je, aku rapat juga chinese student dalam kelas dan ada geng lagi satu wujud, geng Kpop! hahaha, geng yang memang rapat gila-gila yang hampir separuh dari ahli kelas. Bukan setakat Fidenaz saja, tapi seorang dari geng Amyto, chinese student, Ika dan Aisar. Tapi kitaorang, kira Permanent Member of Bestari Class from form 1 until form 5 memang sangat-sangat rapat.

Result PMR kitaorang pula dikira pecah rekod sekolah, kitaorang batch yang the best lah katanya kat sekolah.Nombor 6 dalam daerah Muar, dan nombor 2 dalam Johor kategori sekolah Felda.Alhamdulillah... Bila masuk form 4, tahun 2012 pula ada yang pindah ke SBP, MRSM dan sekolah berasrama. Memang sedih lah kan, rasa macam nak nangis je, lagi-lagi kitaorang masih lagi tercengang-cengang dengan subject science.

Bila dah masuk form 5, tahun 2013 pula kitaorang semakin tertekan sebab tahun itu tahun SPM. Jadi memang tension sepanjang tahun sebab pengetua dan cikgu-cikgu memberi harapan yang tinggi terhadap kitaorang. Dengan frust sebab akademik dan kokurikulum lagi. Macam-macam jawatan yang dipegang, pertandingan yang nak dipertandingkan, camp, peperiksaan, dan macam-macam program lagi.Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Disamping buat baju kelas, Fidenaz juga buat baju juga, baju Fidenaz. hihihi, warna pink. Cute gila sebab aku yang design. hahaha! baju kelas pula warna biru.

Aku dan baju Fidenaz. Tak ada pula gambar aku pakai baju kelas. Mana entah, dah hilang. huhuhu~

Result SPM kitaorang juga pun the best juga, kitaorang pecah rekod sekolah lagi, sekolah aku dapat nombor 7 dalam daerah muar, dan nombor 1 dalam Johor kategori Felda macam yang aku cerita kat entri aku yang dulu-dulu. Alhamdulillah, kebanyakan dari kitaorang berjaya.

Sekarang dah tak ada batch 96. Dah habis sekolah dan sekarang tunggu nak sambung belajar. Memang duduk rumah ni buat aku terfikir banyak benda dan risau macam-macam. Aku juga rindu dengan kelas Bestari, Permanent member of class Bestari from form 1- form 5. Rindu dengan cikgu-cikgu. I will remember it as sweet memory forever. Bila baca balik buku Fidenaz pun buat aku tergelak-gelak sorang-sorang.

Fidenaz's member without Syaza right before SPM, masa Majlis Restu Ilmu. Syaza pindah ke SBP.

Kelas Bestari masa form 2, tahun 2010

Kelas Bestari masa form 5, 2013

btw, I love 1,2,3,4 and 5 Bestari! Love it so much! I have been in the same class for 5 years. yeah! I am amazing, pat my own head. I will remember all of you forever, and I will pray for our successful in the future. InsyaAllah. When there is a will, there is a way. Much love! Love Bestarian 1996! Keep in touch until we get old okay!

Wasalam,




Past / future