follow
fanposter
Jellove

entry About Affies Share
Kingdom


ANIMATION GIF x TUTORIAL x DOODLE

cr:

Fairytale





Hogwarts



Cerita Hantu Aku. wkwkwk~
19 Julai 2013 | 00 love notes

Assalamualaikum,

Wah, harini aku nak cerita pasal cerita hantu. Cerita hantu kebendenya, cerita pasal kesengalan aku bila tengok ghost story ni. Aku ni kan, walaupun konon-kononnya nampak berani, hati keras macam diamond tapi penakutnya boleh tahan. hahaha~ Macam masa aku camping haritu, yang masa budak ramai2 nangis sebab nampak hantu tapi aku je yang tak nampak sebab diorang jerit pastu lari, aku yang dekat tengah2 manusia ni boleh pulak buat drama sebabak jatuh terduduk. Siap ada orang terduduk kat bahu aku lagi. hey! kau tu bukannya ringan sangat pun nak landing atas aku. hak hak hak~

Lepas tu aku curious gila tengok ramai budak nangis. Siap aku marah2, mana hantu nya? tak ada pun. Siap cakap diorang mengada2 lah apa lah. Lepas tu bila kali kedua 'benda' tu muncul lagi, aku tetap tak nampak tapi bila tengok diorang nangis2 tu, aku dah takut. Siap pegang tangan kawan aku tak lepas-lepas dan masa nak tidur malam tak pergi toilet nak basuh kaki, gosok gigi, basuh muka sebab lampu kat toilet sekolah tu berkelip2. aku ni kan penakut kuasa kuda. Macam apa je kan? sengal.


Kalau aku tengok cerita hantu pula kan, bila tiba keluar part 'benda' tu muncul, mesti aku dengan tangan laju macam cheetah ambil bantal tutup muka dengan telinga lepas tu sibuk tanya "Apa weh? apasal?" . Semangat curious yang menguasai tu tak boleh belah.

Aku ni kalau tengok cerita bergenre seram-komedi pun aku sediakan bantal,selimut untuk melindungi diri. wakakaka~ macam bangang je. But I know, nak takut2 lebih2 tak boleh kan. Aku lebih takutkan Allah, but as normal human, mestilah kadang2 ada rasa takut.Cuma kadang2 tu aku je yang mengada2 eksyen macam benda tu menakutkan gila. Padahal pernah je ada gambar hantu kat google tu aku tenung lama2 nak tengok keberkesanan solekannya. hahaha~ poyo nak mampus~

Wasalam~

Label: ,





Past / future